Wednesday, August 1, 2012

Persinggahan Cinta

Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.


Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..
InsyaAllah...




Friday, May 11, 2012

Jodoh itu rahsia Allah

Jodoh itu rahsia Allah. Kata2 ni sering digunakan pada mereka yg sedang bersedih akibat dikcewakan or baru putus cinta lah senang kan. Ya memang betul jodoh tu rahsia Allah tapi,bg mereka yg pernah mengukir janji bersama pasangan untk kkal brsama hngga ke akhir pula bagaimana ?Perkra mcm ni biasa dah brlaku kat coupled2 yg tgah hot brcinta, time bcintan mcam2 janji ditabur pada hakiktnya blom ade ape2 ikatan lg pon sampaikan "segala hutan keredah segala gunung didaki" pun ade lah.huhu. Bila dah break mane pergi janji2 nye sayang oi ? mesti hilang tah kmane.


Hidayah dengan jodoh, tahu ape persamaan dan perbezaan nya ? haaa ni admin nak kc taw ckit. Persamaan antre jodoh & hidayah ni kedua-duanya dtg dari Allah, jika dipermudahkan maka mudah la jawabnya & sebaliknya. Perbezaan pulak, manusia zman la ni biasanya lbih mncari jdoh dari hidayah sdangkan trang2 dah jodoh tu mmg akan smpai satu hari nnti n hidayah tu pula perlu dicari bukannye seklepuk dtg mcm tu je ttbe korang dah insaf spenuhnye. Mmg betul & trbukti manusia lbih mmlih untk mncari jdoh dari hdyah kan tp x smua la kan, ade jgak yg sbaliknye. Jika pergi seseorang@kekasih tu dari hidup korang trus set kan dlam minda korang tu ade hikmah dsebalik smue ni, letakkan kpercayaan korang spenuhnya pada takdir. Ni ade ckit kata2 untuk set kan minda korang mcm yg admin ckp :  "Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."... haaa hebat jugak kan ayat tu...hilang matahari pelangi yang datang, tula kuasa tuhan. Zaman ini,sudah berapa banyak kes manusia yang bercinta bertahun lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu sama lain tapi pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan. Justeru, cinta yang di anyam selama ini atas dasar apa?
Kerana rupa? Harta? Nafsu? Kerana itu hati masing-masing mula berubah?

 

So dah paham ke belum ape yg admin cbe nak smpaikan ? Klau still krang paham bace je bnyak kali or leave ur cmnt je huhu. Ingat jodoh tu akan dtg cme lmbat dan cepat je, x slah mencuba tapi jgan mnaruh spenuh hrapan pade si dia yg skrang ni okay ! & satu lg, jodoh tu pun x smpai skelepuk mcam tu je msti ade sdikit usha tp bukan spenuhnya, try dulu baru tahu ok. Assalamualaikum w.b.t...

Wednesday, April 25, 2012

Blind Jealous ( cemburu buta )

Biasanya kes cemburu buta ni mesti ditujukan pada kaum hawa kan ? Yes mmg kaum hawa tu seorang yang kuat cemburu tapi pada satu2 masa juga mereka x lari dari sikap ego yang kdang2 boleh mngalahkan kaum lelaki yang semmgnya dilahirkan dengan sikap ego. Tapi jarang kita jumpa sang jejaka yg mmpunyai prasaan cmbru buta tu tapi mmg ada pun kan, biasanya sang jejaka yg mmpunyai prasaan sprti ni adlah sseorang yng sngat pnyayang dan prkara yg paling dtakuti smasa alam prcntaan ialah khilangan kekasih yg amat dcintainya. Kadang2 kita tak sedar yg sbenarnya dngan sikap cmbru yg trlampau tu boleh mmbuatkn psngan kita mnjdi rimas dngan skap kita sndiri. Cemburu buta ini juga boleh mmbhayakan psangan itu sndri krana jika tidak dikawal boleh memakan diri dan psangan itu juga, kes bunuh akbat trlalu cmburu juga sudah terjadi di negara kita ni sndiri

apabila si suami tidak dapat menahan perasaan cemburu lalu mmbubuh isterinya. Tapi sedarkah kita sbb apa si cmburu tadi snggup mlakukan sesuatu di luar jngkaan shingga mmbunuh psangan sndri ? Jika anda mndpat psangan yng kuat cemburunya maka berhati-hatilah dalam pergaulan anda semasa brsama dngan psngan. Jika anda tidak than dengan sikap cmburunya, cube terus trang dngan psangan itu bhawa sikap cmburunya mngkin akn mrosakkan hbngan yng telah dbina, trus trng dngan cara yg lmbut kerana dkhuatiri psangan anda tidk dpat mnerima apa yg dkatakan tadi. Cerita yg admin buat ni bkan la rekaan smate tpi adlah bdsarkn pnglman admin sndiri di alam prcntaan yg prnah dlalui. So teman2 di luar sana ingtla ek yg cmburu buta ni mmg sngat2 bhaya. Biasanya kes2 cmburu buta ni biasa trjadi pada cinta pertama tapi x semua lah kan, kbiasaan nye sajee okay. Ni ada sikit petua nak atasi sifat cemburu tu :


1)Hormati pasangan anda.
~Si dia juga sama seperti insan lain,sama seperti anda,punya hak dan berhak untuk menilai kebaikan/kecantikan orang lain disekelilingnya.Semua insan didunia ini kan berhak memilih dan berkawan dengan sesiapa saja yang diinginkan.Walaupun dia kekasih anda,takkan nak berkawan dan bersahabat pun tak boleh kan.Kata orang,bercinta biar satu,tapi berkawan biarlah berjuta -juta...

2)Beri masa dan ruang buat diri sendiri.
~Carilah dan tentukan sedikit waktu untuk anda mengatasi sifat cemburu anda.Nilailah setiap kebaikan atau keburukannya pada hubungan anda.Ingati apa kesannya pada anda dan si dia tiapkali anda cemburu.Jika selalu berlaku pertengkaran,fikirlah..apakah anda mahu hubungan anda sentiasa berkeadaan seperti itu?Atau anda mahu keadaan yang lebih harmoni?Buat keputusan anda dan berubahlah demi kebahagiaan anda dan pasangan.

3)Bila anda merasa cemburu,apa sebenarnya perasaan anda ketika itu?
~Cuba tulis dan senaraikan satu persatu apa yang anda rasakan bila anda cemburu.Adakah anda merasa marah,geram,mahu mengamuk,atau rasa sedih,berjauh hati,menangis dan sebagainya.Senaraikan kesemuanya,kemudian,telitilah dan nilaikan satu persatu,apa kesan apa akibatnya pada anda,pada si dia dan pada hubungan anda?Fikir apa yang terbaik dan patut anda lakukan untuk hubungan anda.

4)Fikir balik kenapa anda cemburu.
-Fikir apa sebabnya yang membuatkan anda cemburu,apa salahnya si dia?Adakah perkara tersebut sememangnya kesalahan besar ataupun tidak?Fikirkan sedalam-dalamnya apakah perlu anda cemburu atau tidak.Misalnya kalau setakat si dia senyum kat orang lain,adakah salah,adakah perlu anda cemburu atau tidak.

5)Bina keyakinan dan kepercayaan anda sendiri.
~Mungkin anda tidak merasa yakin dengan diri sendiri dan takut akan kehilangan si dia.Mungkin juga anda tak percaya diri anda yang andalah orang terbaik buat si dia.Binalah,yakinlah dan percayalah yang andalah yang dipilih dan dicintai si dia.Andai anda sendiri tak mempercayai diri sendiri dan yakin dengan hubungan anda,apakah anda fikir si dia juga dapat percaya dan yakin dengan anda?Renungkanlah..

 

Takde manusie yg smpurna kat dunia ni, sifat cemburu tu mmg ada dlam diri msg2 cme kita yg harus pndai mngawal prasaan tu n jgan smpai prasaan tu yg mngawal kita nnti buruk pdahnya percayalah . Semoga tips yg admin berikan ni brguna untk kwan & admin sndiri pde mse akn dtg. Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, April 22, 2012

"Tipu Diri Sendiri" ?

 

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa pernah menipu ?? X kirela tipu Mak ke Ayah ke adik-beradik ke or kawan-kawan sendiri even kawan baik sekali pun. Tipu sangat lah sape yang cakap dia x pernah menipu kann. Untuk kali ni hendak dijadikan cerita pasal "Tipu Diri Sendiri". Anda msti pernah dnga ayat ni kan sbg contoh time parents tnye bab2 solat, mesti pernah terjadi dialog "abg dah solat ? ok bgus anak mak dah solat tapi sejadah tu sama je duduk nye mcm mlm td ? ok lah mak pcaye kat abg, jgan tipu diri sendri dahla yerr...haaaa...pernah x ? Perkara mcm ni biasa akn trjadi if korang pernah trkantoi mnipu lah ni. Sbb skali kita buat baik orang x nampak tp skali kite buat jhat cpat je prkare tu dsimpan dlam otak org yng thu kite mnipu tu. So bila dah kantoi menipu tu jganla pulak nak menyesal mcam tertongeng-tonggeng mcam jantan dalam gambar tu bila orang dah mula x percaye kat korang kan especially parents korang. Ok masuk semula ke bab tipu diri sndiri ni. Korg fkirla ape korang dpt kalau tipu diri sendiri, xde gune n xde faedah langsung. Aku sndri pernah tipu diri sndiri, prkare ni tjadi sjak aku mula msuk ipta kat kuantan, asal aku melaka tapi nun tecampak blaja jauh kat kuantan nuh dngan xde pnglman duk kat sane aku pun redahh jela sbb orang katee "jauh perjalanan luas pemandangan" n memang papatah ni menjadi dan trbukti sbb mmg bnyak pngalaman yang aku dpat smase jauh dari fmily aku n erti kata "bebas" tu memang terjadi pade aku sbb jauh dari famly kan..huhu. Critenyer brmula dngan kisah "cintan" aku ni haha, cintan pertaman kuantan aku tau ni sbb zaman skolah dlu mmg aku x pndng sngat prempuan ni sbb nafsu kat wanta tu x mau tmbul time skolah lg haha. Sejak cintan ni berputik bnyak peruubahan ktare yg berlaku tp time bcintan dlu mmg xnmpak la ape yg brubah yelaa org kate cinte itu bute kann..hahha. Ha tula bila dah ptus baru nak sedar baru nak mnyesal barula nak ungkit balik semua pengorbann korang time bcintan dlu kononnn. Duit pun mak bapak bagi nak derme kat anak dara orang konon, prubahan dmi prubahan dialami tapi bnyak berunsurkan -ve dari +ve, ape yang -ve +ve tu x pyahla nak tahu, aib org tu kne jge elok2 okayy. Tapi..slah satu prubahan yg boleh dcritekan ialah smngat stiakwan aku mkin pudar bila brsme dngan si gadis, lbih tmpukan phatian kt si gadis cintan aku ni sbb kat mlake aku ni boleh la dkatekan dngn smngat stiakawan tuh haha bkan nk bngge diri sbb pntang mber ajk kua or mtk tlong aku akn cube sdye upye aku nk bsame ngan kwan2 aku, contoh la kan if satu hari korng kua ngan awek korng nek motor then mnyak korng ttbe je hbis kat satu jlan yng mmg mtor x lalu jlan tu tp korng dok gtai gne jlan tu jgak, awek korang boleh produce minyak mtor ke time tu ? kmpem2 la tngan ni dok gtai cari no mem2 yg dekat mntk tlong blikan mnyak hnta kat korang kann, ha nmpak x hikmah crite tu ? haha. Skrang ni aku dngan si gadis tu dah pun plih haluan msing2 untuk hidup dngan cre msing n doa untuk sang gadis tu jela yg mmpu stkat ni. Last2 hati yang pnah aku bg kat sang gadis tu aku x jmpe balik mane peginye bjlan-jlan mane tah x tahu.huhu.sakit je hati mmnjang disbbkan kisah cintan lah sngat kan ha ni kan dah dpt penangan nye ha punn. Setiap kali angin sang gadis tu smpai je kat aku mulelah glisah nak col la nk txt la sume bgai.haha. Manusia ni mmg mcm tu, x rti nnk jge hati sndiri tp hti psangan tu bkn men nak jage lah smpai kan nak ckp sptah tu kne fikir dlu if ayat tu boleh skitkan hati psangan tu or x...adoiii...pelik betoi.! ni ade sikit sajak untuk sang hati ::

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

hahah boleh tahan hebat la sajak ni kan right .!.....so lepas ni korang bringatlah nak bagi hati tu hati2 n jjur pde dri sndri jgan disbbkan trpaksa or ingin mncuba korang tipu diri sndri walhal korang bkn mcm tu pde aslnye. kkalkan dri korang maintain. Jgan berubah dsbbkan kdaan smase if nk brubah pstikan ke arah +ve yg -ve tolak tepi dlu pun boleh kann..Kdg2 kita sndiri pun x tahu bila msanya kita boleh tipu diri kita sndiri so lpas ni hati2 lah mnjage hati korang jngan dsbbkan korg tpu diri sndiri hati korng tu sakit n tknak dduk dlm bdan korng sbb asek sakitt je okay..haha... 

Nah admin bagi satu ayat untuk sang hati tu kasi kuat sikit ::

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.

Saturday, April 21, 2012

Bermula kehidupan "single" ?

Assalamualaikum w.b.t lovely people.

Amat perit untuk menerima kenyataan bahawa si dia yang pernah kita puja suatu masa dahulu kini x lagi menjadi milik kita. Hilang lah semua gelaran "sayang","cinta","kasih" n semua sekali lah yang sewaktu degannya. huhu. Hendak dijadikan cerita tentang prngalaman seorang hamba Allah  ni. Beliau mengalami kisah "first love" lah kononnya, lame dia menjalin kan hubungan dengan gadis tersebut. Gadis tu boleh lah dikategorikan "HOT" sebab rupanya memang comel sekali pandang mata ke mata boleh cair lah katekan , tapi gadis ni comel jeeee , cantik x pon huhuh....Dipendekkan cerita mereka ni belajar di ipta yang sama malah kos yang diambil juga adalah sama. Mereka brkenalan pun sejak masuk ipta ni dan yang paling best diorang bedua ni sekelas sbenarnya haha. Rmai insan mngatakan bahawa percintaan sesama kelas ni susah, rumit sebab segala pergerakan & perbuatan kita terkawal tapi atas dasar cinta semua punya pasal sekelas pun redah jela kan tanpa fikir akibat yang akan diterima kelak di kemudian hari nanti kann. Tapi semuanya musnah ape puncanya x perlu lah diceritakan disini tetapi yang salahnye ialah si "boy" tersebut kerana terlalu taksub akan cinta dunia yang diperolehi beliau sehinggakan beliau mengutamakan si gadis tersebut lebih dari segalanya. Hubungan mereka terputus di tengah jalan dan mungkin ini adalah yang terbaik bagi mereka untuk mencari diri mereka semula untuk menuju ke arah cinta yang maha esa ataupun sebaliknya , itu bergantung pada kekuatan diri masing-masing lah kannnn. Pada awal usia perpisahan mereka berdua, si boy ni tersangat "frust menonggeng" lah orang tua-tua kata, hampir 3 bulan si boy ni hdop ibarat "tali x bergantung" kerana kehilangan kekasih hati yang pernah menjadi pujaan hati nya satu tika dahulu. Si gadis bnyak menasihati dan rakan2 si boy juga bnyak menasihati si boy ni, pada awalnya si boy ni langsung tidak dapat menerima nasihat yang diberikan n pada suatu hari si boy mengajak si gadis ini berbincang dan selepas perbincangan tersebut si boy seolah-olah terbuka sedikit pintu hatinya untuk melepaskan si gadis tersebut dan belajar menerima kenyataan bahawa ini adalah takdir kehidupan beliau. Apa yang berlaku semasa perbincangan mereka pun admin x tahula. Alhamdulillah sekarang si boy tersebut tidak lagi hidup seperti "tali x bergantung" lagi. Beliau mula mencari kehidupan beliau sendiri. Sama ada kehidupan yang bertambah baik ataupun sebaliknya tu wallahhualam. Kita doakan jela semoga si boy tersebut menuju ke jalan yang benar ye. InsyaAllah.

Thursday, June 9, 2011

"u" turn


“Assalamualaikum, maaf cikgu, saya lambat”, kata Aisyah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu. Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan. Aisyah mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya.
Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan beragama.
Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat. Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu. Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Suatu petang, Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.
“Ganggu ke? Maaf lah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung.”Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi.
Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf? Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah. Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandan lagi, cukup indah sekali baginya.
Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain. Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah.
Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari.
Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus. Tiga hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah.
“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?" “Apa dia?”, Aisyah membalas ringkas.
“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”, terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu.
Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab “tidak” dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya.
Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang ”dilamarnya” pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.
Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu. Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej.
“Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.”
Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej. ”Tapi kenapa?” dan mesejnya dibalas “Sabda Rasulullah s.a.w.. Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”
“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!”, bentak Firdaus dalam mesejnya.
Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus.
Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya.
Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut, sedangkan pada zaman ini bercouple adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka.
Suatu hari, Fitri, abang kepada Firdaus yang seorang pelajar perubatan di University of Bristol, UK pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi.
Dari laptop Fitri lagu "UNIC-Atas Nama Cinta” berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya.
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....
Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya. Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya.
Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya:
“Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?”
“Hish kau ni, study tak habis lagi nak ada girlfriend apanya”.
“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?”
"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.”
“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak tak kan tak ada orang nak? Ke sikit je Melayu kat sana?”
“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.”
“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.”
“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.”
“Tapi kita kenalah cari kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?”
“Memang lah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...”
“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?”
Firman Allah SWT:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." - [Surah An Nur: 26]
“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.”
“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadang-kala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.”
“Kau nak isteri macam mana Pit?”
“Kalau boleh aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan semuanya kerana Allah.
“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?”
“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. Insyaallah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.”
“Habis tu kalau couple tu jahatlah?”
“Allah larang kita bercouple. Kenapa? Nah. Baca artikel ni.” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple.
“Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”, pesan Fitri lagi.
“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.”
Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata.
Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu. Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi. Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah.
Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis. Dalam doanya dia menyebut:
“Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. KepadaMu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku padaMu.”
Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati, entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan.
Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang.
Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri.
“Pit, aku rasa macam nak berubah la.”
“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”, tanya Fitri sedikit kehairanan.
“Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...”
“Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi! Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.”
“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?”
“ Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan. Bukan satu perkara yang memalukan pun.
Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula?
“Best ke menangis malam-malam ini.”
“Best. Best sangat. Macam kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-janji yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam itulah rasanya.”
“Ada ke orang yang macam tu?”
“Memang tak ada lah yang setia macam tu. Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita.”
Allah berfirman:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." - [Al-Baqarah: 186]
"Indahkan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cintaNya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.”
Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah.
“Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.”
“Tak tua sangat ke aku ni nak u-turn semula?”.
“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, never too old to learn, never too late to turn. Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.”
“ Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!”, usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.
Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan.
Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya.
Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya. Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams. Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang.
Tengahari tadi juga dia selamat diijab kabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira’ binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin sebagai orang tengah. Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah.
Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan.
“Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?”
“Bukan Abang, Humaira’ bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci." “Abang pun gembira sangat Humaira’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. Alhamdulillah. ”
Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara, Alhamdulillah.....

"U" turn ke jalan yang diredhainya......
special thankz to my bro....amatapizjoe...
assalamualaikum