Saturday, April 21, 2012

Bermula kehidupan "single" ?

Assalamualaikum w.b.t lovely people.

Amat perit untuk menerima kenyataan bahawa si dia yang pernah kita puja suatu masa dahulu kini x lagi menjadi milik kita. Hilang lah semua gelaran "sayang","cinta","kasih" n semua sekali lah yang sewaktu degannya. huhu. Hendak dijadikan cerita tentang prngalaman seorang hamba Allah  ni. Beliau mengalami kisah "first love" lah kononnya, lame dia menjalin kan hubungan dengan gadis tersebut. Gadis tu boleh lah dikategorikan "HOT" sebab rupanya memang comel sekali pandang mata ke mata boleh cair lah katekan , tapi gadis ni comel jeeee , cantik x pon huhuh....Dipendekkan cerita mereka ni belajar di ipta yang sama malah kos yang diambil juga adalah sama. Mereka brkenalan pun sejak masuk ipta ni dan yang paling best diorang bedua ni sekelas sbenarnya haha. Rmai insan mngatakan bahawa percintaan sesama kelas ni susah, rumit sebab segala pergerakan & perbuatan kita terkawal tapi atas dasar cinta semua punya pasal sekelas pun redah jela kan tanpa fikir akibat yang akan diterima kelak di kemudian hari nanti kann. Tapi semuanya musnah ape puncanya x perlu lah diceritakan disini tetapi yang salahnye ialah si "boy" tersebut kerana terlalu taksub akan cinta dunia yang diperolehi beliau sehinggakan beliau mengutamakan si gadis tersebut lebih dari segalanya. Hubungan mereka terputus di tengah jalan dan mungkin ini adalah yang terbaik bagi mereka untuk mencari diri mereka semula untuk menuju ke arah cinta yang maha esa ataupun sebaliknya , itu bergantung pada kekuatan diri masing-masing lah kannnn. Pada awal usia perpisahan mereka berdua, si boy ni tersangat "frust menonggeng" lah orang tua-tua kata, hampir 3 bulan si boy ni hdop ibarat "tali x bergantung" kerana kehilangan kekasih hati yang pernah menjadi pujaan hati nya satu tika dahulu. Si gadis bnyak menasihati dan rakan2 si boy juga bnyak menasihati si boy ni, pada awalnya si boy ni langsung tidak dapat menerima nasihat yang diberikan n pada suatu hari si boy mengajak si gadis ini berbincang dan selepas perbincangan tersebut si boy seolah-olah terbuka sedikit pintu hatinya untuk melepaskan si gadis tersebut dan belajar menerima kenyataan bahawa ini adalah takdir kehidupan beliau. Apa yang berlaku semasa perbincangan mereka pun admin x tahula. Alhamdulillah sekarang si boy tersebut tidak lagi hidup seperti "tali x bergantung" lagi. Beliau mula mencari kehidupan beliau sendiri. Sama ada kehidupan yang bertambah baik ataupun sebaliknya tu wallahhualam. Kita doakan jela semoga si boy tersebut menuju ke jalan yang benar ye. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment